Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Konstabel parah tertembak dada sendiri

13 MAC: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah tertembak diri sendiri menggunakan submesingan.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, mangsa yang baharu memulakan tugas di pos pengawal mengalami kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas tertembak dengan senjata api jenis HK MP5.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata hasil siasatan mendapati senjata terbabit tidak diletakkan dalam kunci selamat.

“Senjata terbabit meletup dan melepaskan satu das tembakan dipercayai tertekan picu ketika mangsa ingin meletakkan tali seling senjata ke badan,” lapor Astro Awani.

Mangsa (foto) yang berusia 24 tahun dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 10:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: