Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kontrak kontraktor longgok sampah di MRR2 ditamatkan

24 DIS: Ditamatkan kontrak – itu padah diterima Syarikat Umpan Jaya, kontraktor yang bertindak berani dan mengambil mudah melonggok sampah di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) Sabtu lalu kerana Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin, Jinjang ditutup. 

Perkara itu disahkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang turut memaklumkan perkhidmatan Syarikat Umpan Jaya itu diambil alih sementara oleh Alam Flora Sdn Bhd.

Alam Flora akan menguruskan operasi kontraktor terbabit sehingga kontraktor baru dilantik 1 April depan, katanya.

Sampah tepi MRR2

IMBAS KEMBALI…Sebahagian dari sampah yang dilonggokkan di bahu jalan MRR2 Sabtu lalu

Ahmad Phesal berkata pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKPKT) untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kontraktor yang bertanggungjawab.

Tindakan tersebut jelas telah melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sehingga menyebabkan kesesakan teruk lalu lintas kenderaan di MRR2, mengakibatkan gangguan bau busuk kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.

Sabtu lalu Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin, Jinjang ditutup kerana kerosakan mesin pemampat.

Oleh itu kontraktor berkenaan melonggokkan kira-kira 2,000 tan sisa pepejal di bahu jalan di MRR2 kerana mendakwa tidak ada pilihan dan tidak dimaklumkan mengenai penutupan pusat pemindahan itu.

Bagi penyelesaian jangka pendek, semua sampah yang dikutip akan dihantar terus dihantar ke tapak pelupusan di Bukit Tagar sementara kerosakan mesin pemampat di pusat pemindahan sampah Taman Beringin diperbaiki dan dijangka akan beroperasi semula menjelang 30 Disember. -bnbbc.my

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 December 2013 6:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: