Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Korea Utara: Jong-nam mati sebab sakit jantung

2 MAC: Kedutaan Korea Utara tetap mempertahankan pendirian mereka bahawa Kim Jong-nam meninggal dunia bukan disebabkan agen saraf VX tetapi akibat serangan jantung.

Jurucakap Kedutaan Besar Korea Utara di Malaysia, Ri Tong-il  (gambar) berkata rekod perubatan sebelum ini menunjukkan Jong-nam mempunyai komplikasi jantung selain penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

Katanya mangsa juga pernah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan menerima rawatan dari semasa ke semasa.

“Jong-nam juga tidak boleh melancong tanpa membawa bersama ubat-ubatan berkaitan.

“Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memaklumkan kepada kami bahawa mereka menemui ubat diabetes, jantung dan darah tinggi disisi Jong-nam ketika bedah siasat dilakukan ke atas mayatnya,”kata Tong-il pada Khamis.

Tong-il mendakwa penggunaan agen saraf VX, yang digunakan untuk membunuh Jong-nam, sebagaimana yang diumumkan oleh phak berkuasa Malaysia merupakan satu muslihat yang direka oleh Korea Selatan.

Pada 13 Februari, Jong-nam mati dalam perjalanan ke hospital selepas diserang oleh dua wanita di KLIA2 menggunakan agen saraf VX

Share This:




Berita Bertarikh pada 2 March 2017 10:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]