Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kos hantar PATI lebih murah

Kos penghantaran pendatang tanpa izin (PATI) lebih jimat berbanding menempatkan mereka di kem tahanan di negara ini.

Malah kos makanan bagi setiap tahanan hingga RM12 bagi kawasan pendalaman di Sarawak berbanding RM5 kos biasa di semenanjung.

pendatangasing

Antara pendatang asing ditahan pihak berkuasa Malaysia

Itu antara penjelasan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Negara pada Rabu.

Katanya, ada tiga pihak terbabit menghantar pulang pendatang asing selain kerajaan.

Ianya kerajaan asal pendatang tersebut dan keluarga mereka yang menanggung sendiri kos.

Dalam pada itu katanya, seramai 27,956 pendatang tanpa izin ditahan dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Daripada jumlah itu, seramai 18,871 ialah lelaki dan bakinya wanita.

“Mereka akan dihantar pulang mengikut program 6P (program pemutihan) wanjunaidiyang sedang dilaksanakan…program ini akan ditamatkan selepas selesai proses pemutihan warga asing berkenaan,” katanya.
Wan Junaidi berkata sebanyak 12 Depot Tahanan Imigresen telah ditubuhkan di seluruh negara bagi menempatkan pendatang tanpa izin yang ditahan.

Antaranya Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Selangor; Juru, Kedah; Langkap, Perak; Semenyih, Selangor; KLIA, Sepang, Selangor; Lenggeng, Negeri Sembilan; Machap Umboo, Melaka; Pekan Nanas, Johor; Ajil, Terengganu; Tanah Merah, Kelantan; Semuja dan Bekenu, Sarawak. -9/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 October 2013 1:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: