Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kota Belud banjir lagi

24 DIS: Kota Belud sekali lagi dilanda banjir apabila jalan utamanya dinaiki air berikutan hujan lebat, sekaligus menjejaskan penduduk di 12 buah kampung di daerah itu.

Menurut kenyataan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sungai Abai dan Tempasuk masing-masing mencatatkan paras bahaya dan amaran iaitu 5.54 meter dan 4.96 meter pada jam 8.30 pagi tadi.

Banjir di Kota Belud (foto arkib).

Kawasan yang terjejas ialah Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Lingkodon, Linau. Lebak Moyoh, Bobot, Ejuk, Menunggui, Song-Song dan Karang Benai.

“Jalan raya di Kampung Linai dan Menunggui tidak boleh dilalui oleh kenderaan rendah manakala laluan di Kampung Bobot hanya dibuka satu lorong sahaja.

“Sementara itu, semua jenis kenderaan masih boleh melalui di Jalan Siasai Tamu, Kampung Kota Belud dan Lebak Engad,” kata kenyataan itu.

APM juga dilaporkan sudah menghantar pasukan penyelamat bagi melakukan pemantauan di lokasi berisiko banjir.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 December 2017 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: