Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KP DCA usir media dari dewan persidangan IATA

1 APR: Para peserta Persidangan Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) pada Selasa tergamam seketika apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang sedang berucap tiba-tiba menghentikan ucapan dan meminta para wartawan meninggalkan dewan persidangan.

Dalam persidangan di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur itu, Azharuddin dilaporkan sedang menjelaskan mengenai urutan peristiwa kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) dan operasi pencarian berkenaan sebelum tiba-tiba terdiam.

KP DCA usir media“Saya minta maf, ada mana-mana petugas media di sini? Saya tidak tahu ada petugas media,” katanya selepas terdiam.

Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.

“Saya minta maaf, boleh saya minta petugas media berada di luar?” katanya, seperti dilapor portal berita MStar.

Beliau juga enggan bercakap kepada wartawan selepas selesai berucap.

Seorang peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star bahawa beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik persidangan.

Menurutnya, Ketua Pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh pasukan penyiasat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang kini memasuki hari ke 24.

“Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas.

“Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap),” kata Ballantyne.

Portal berita Malaysiakini pula melaporkan, Azharuddin ketika dihubungi melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwsa ia (persidangan itu) dipersetujui sebagai acara tertutup.

Bagaimanapun beberapa wartawan tempatan yang bertugas membuat liputan persidangan IATA itu faham Azharuddin mungkin tertekan serta keletihan kesan daripada tugas dan tangggungjawabnya mengendalikan insiden kehilangan MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2014 4:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: