Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KP JPJ hadir lagi ke SPRM

17 JUN: Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron memaklumkan bahawa beliau hadir sekali lagi ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semalam untuk membantu siasatan membabitkan set golf bernilai RM45,000.

“Saya hadir ke pejabat SPRM Selangor dua kali, kelmarin dan semalam. Saya memberikan kerjasama baik untuk siasatan ini.

“Mereka sudah merekod segala keterangan saya. Bagaimanapun, saya tidak ada menyerahkan sebarang dokumen,” katanya selepas Majlis Pelancaran OPS HRA 2017, Klang, pada Sabtu.

Pada masa yang sama, Nadzri mendedahkan bahawa beberapa anggotanya turut dipanggil suruhanjaya itu.

“Saya pesan kepada mereka untuk berikan kerjasama penuh,” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan sebagai berkata rakaman keterangan daripada Nadzri sudah mencukupi dan pihaknya akan merakam kenyataan daripada beberapa saksi lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 June 2017 9:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: