Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KP1M hulur bantuan ke Pulau Pinang

7 NOV : Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) akan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang dilanda banjir di Pulau Pinang.

Antara barangan tersebut adalah 1500 tilam, set water jet, kuali memasak, bahan makanan, set kebersihan badan, lampin bayi dan lain-lain.

Menurut maklumat yang diterima, KP1M yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim kini dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk mengagihkan barangan tersebut.

Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah turun ke kawasan banjir untuk berjumpa dengan Lim Guan Eng sendiri serta mangsa yang terlibat.

Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan peruntukan RM1 bilion yang diperlukan untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Pulau Pinang.

peruntukan itu membabitkan 13 projek berskala besar dan kecil, yang dikenal pasti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir seperti yang melanda ketika ini.

Begitu juga dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata bantuan beberapa buah lori akan diberikan untuk memberishkan kawasan dam memungut segala sampah dan sarap.

Dalam hal ini, jelas Noh lagi perbezaan politik harus diketepikan kerana keutamaan rakyat adalah lebih penting buat masa ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2017 9:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: