Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KP1M sumbang makanan percuma kepada pemerhati UMNO

8 DIS: Pemerhati Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 serta orang ramai boleh mendapatkan makanan tengahari percuma yang disediakan oleb Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M).

Menurut Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan, pemberian sumbangan makanan tengahari percuma itu sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli UMNO terutamanya para pemerhati yang bersusah payah hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memeriahkan acara tahunan parti keramat Melayu itu.

“Sejak dari hari pertama PAU berlangsung, kita telah mengambil inisiatif untuk memberikan kira-kira 500 bungkus makanan kepada mereka.

“Bungkusan dalam bentuk makanan serta air diberikan untuk mengucapkan terima kasih dan tak perlu mereka bersusah payah pergi mencari makanan lain,” katanya selepas mengagihkan bungkusan makanan di lobi utama PWTC, sebelum solat Jumaat tadi.

Tambahnya lagi, walaupun pemberian ini tidak dapat memberikan kepada semua pengujung yang hadir pada PAU kali ini, sekurang-kurangnya KP1M telah berusaha setakat mana yang mampu.

“Alhamdulillah, kita cuba atas kemampuan yang ada walaupun tak menyeluruh, tapi inilah sedikit rezeki yang dapat kami kongsikan bersama dengan mereka yang hadir pada PAU kali ini,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2017 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: