Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KPDNKK ikrar bantu rakyat tangani kenaikan harga

4 OGOS: Kerajaan tidak akan biarkan rakyat jatuh miskin dalam berhadapan dengan isu kenaikan harga barang di negara ini.

Ia kerana kerajaan sentiasa memastikan kawalan harga barang di negara ini mampu untuk semua peringkat pengguna.

MalahPDNKK menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin harga yang dikenakan turut membolehkan peniaga dan pedagang tetap “survive” atau bertahan.

“Tidak ada lagi golongan pertengahan yang jatuh kepada golongan miskin setakat ini, ia menunjukkan ada kawalan yang baik dari kerajaan,” tegasnya.

Kerajaan juga katanya memantau paras ringgit bagi memastikan bekalan dari luar tidak diperoleh dengan harga yang mahal.

Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan dan Jamuan Aidilfitri yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selasa.

Mengulas isu koperasi pihaknya mahu Maktab Koperasi Malaysia berwawasan baru dalam meningkatkan standardnya di masa depan.

Malah beliau mahu Maktab Koperasi berkenaan bertaraf antarabangsa di masa depan.

Ia bukan sekadar memberi kursus pendek berhubung koperasi tetapi kursus modal insan yang memperkasa kepenggunaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 5:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: