Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KPDNKK rampas 30 tan minyak masak subsidi

2 MAC: Sebanyak 6,205 peket minyak masak bersubsidi dirampas penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) daripada sebuah syarikat pemborong  di Taman Bullion Mewah, Sentul semalam.

Peket minyak berkapasiti 1 kilogram setiap bungkus itu dipercayai disorokkan oleh pemborong berdasarkan maklumat invois dan penghantaran daripada syarikat pembungkus kepada sebuah syarikat pembeli yang sepatutnya menerima barangan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kuala Lumpur, Wan Mhd Yusof W Taib berkata menerusi menerusi Ops Goreng II, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan terhadap beberapa dokumen yang didapati mempunyai maklumat meragukan.

Katanya, minyak masak dengan kuantiti hampir 30 tan itu sepatutnya dihantar oleh syarikat pembungkusan ke sebuah syarikat pembeli, namun syarikat itu tidak beroperasi.

“Menerusi maklumat serta risikan yang diperoleh, syarikat yang membeli minyak masak di Taman Mastiara, Jalan Ipoh tidak beroperasi.

“Jadi, kita kemudian membuat pemeriksaan di sebuah premis syarikat borong di Taman Bullion Mewah sebelum menemui 6,205 peket minyak masak bersubsidi di sorokkan di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Mhd Yusof berkata, hasil semakan mendapati lesen borong (CSA) milik syarikat pemborong berkenaan sudah tamat tempoh dan melanggar Seksyen 21(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 March 2018 12:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: