Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sabotaj potong kabel lif PPR, KPKT rugi RM200,000

28 FEB : Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) mendapati terdapat unsur sabotaj cuba dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan memotong kabel di blok F Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata sabotaj yang dilakukan adalah sejak bulan Ogos tahun lalu dengan kerugian sebanyak RM200,000.

Tambah beliau lagi, daripada hal itu sebanyak 10 laporan polis telah dibuat oleh penduduk setempat kerana unsur sabotaj itu sekaligus telah menyukarkan rakyat untuk menggunakan lif tersebut.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar membuat lawatan kawasan sekitar serta meninjau kerosakan dan lif yang sudah dibaiki di blok F PPR Lembah Subang 1

“Saya dukacita ingin menyatakan yang  masih ada penduduk yang jalankan kerja, buat pengkhianatan dimana bila lif ini dipasang ada pihak yang tidak bertanggungjawab potong kabel. Sebab ada unsur politik?

“Bila KPKT ambil alih dan agak kontroversi sebab kerajaan negeri nak ambi alih. Menteri Besar pun turun. Kita tak tahu turun untuk apa. Mungkin sebab nak publisiti tapi kita bertegas untuk ambil alih.

“Kalau ada kefahaman politik jangan termakan hasutan, jangan sebab politik kita susahkan orang lain. Bila lif ni siap bukan pun tanya orang PKR ke DAP ke dia tak tanya. Semua orang akan gunakan lif. Jangan sabotaj. Saya percaya tindakan sabotaj mungkin tunjukkan pada rakyat bahawa BN, saya menteri KPKT janji tak serupa bikin,” katanya pada sidang media di PPR Lembah Subang, Rabu.

Tambah Noh, beliau sendiri akan membawa perkara ini kepada Ketua Polis Negeri Selangor untuk menyiasat perkara ini dengan lebih serius.

“Kabel itu sahaja dah berlaku kerugian RM200 ribu. Kita dah report polis 10 kali, saya akan membawa perkara ini kepada Ketua Polis Negeri Selangor. Biar dia siasat siapa petualang-petualang ini sebenarnya.

“Tapi ini bukan soal kerugian, tapi lebih kepada kebajikan penduduk bersama, “ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2018 7:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: