Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KPN: Riduan Abdullah masih di Malaysia

30 JAN: Polis percaya Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya M Indira Gandhi, masih berada di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata maklumat berkenaan diperoleh selepas membuat semakan bersama Jabatan Imigresen bagi mengesan Muhammad Riduan (foto) yang sebelum ini dikenali sebagi K Pathmanathan.

“Pada masa sama, saya juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberikan kerjasama,” katanya hari ini di Bukit Aman.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM, di Bukit Aman, Selasa

Majlis itu turut menyaksikan bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengambil alih tugas Pengarah JIPS Datuk Seri Abd Rahim Hanafi yang bersara wajib bermula Khamis ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun.

Muhammad Riduan, 47, didapati menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi, selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menahan Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 3:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: