Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KR1M 2.0: KPDNKK buka peluang kepada orang ramai

13 OKT: Orang ramai berpeluang menjadi usahawan peruncitan dengan menyertai program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 menerusi konsep baharu yang bakal dilancarkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya tidak mengehadkan peluang berkenaan kepada satu pengendali sahaja sebagaimana sebelum ini.

Menurutnya, peluang itu diberi kepada mana-mana individu yang berkemampuan membuka kedai runcit.

Tidak salah untuk memberi peluang kepada koperasi sedia ada yang sudah memiliki sasaran pelanggan masing-masing tetapi konsep baharu KR1M 2.0 kali ini adalah memberi peluang sama rata kepada semua.

“Konsep baharu ini lebih terbuka, contohnya pengusaha stesen minyak atau peniaga kedai runcit sedia ada boleh menyertainya untuk menjual barang keperluan lebih murah kepada pelanggan mereka.

“Harga murah ini akan menjadi tarikan utama rakyat memilih kedai KR1M 2.0. Malah pihak kami sudah berbincang dengan beberapa syarikat seperti lampin pakai buang yang boleh memberi harga lebih murah di kedai berkenaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Citarasa Malaysia (PCM) 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama, di hari ini.

KR1M yang sebelum ini dikendali Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara sejak tahun 2011, ditutup pada September lalu.

Pada majlis itu, Hamzah turut melancarkan logo Transformasi Produk KPDNKK yang baharu diluluskan tiga bulan lalu sebagai penarafan produk berkualiti sekali gus mengelakkan penyalahgunaan logo.

“Penggunaan logo baharu itu juga memudahkan PKS untuk memasarkan barangan mereka kepada pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Aeon, Aeon Big dan Lulu,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 12:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]