Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kren tumbang di Kampung Baru, seorang wanita cedera

9 NOV : Seorang wanita cedera ketika melarikan diri dalam kejadian sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Muda Musa tumbang yang turut menyaksikan dua kenderaan terjejas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira 1 tengah hari.

Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan.

Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk mengenal pasti punca kren itu tumbang.

Sementara itu, pemaju pembangunan hartanah dan pengurusan aset UDA Holdings Berhad dalam satu kenyataan, berkata ia telah mengambil langkah-langkah segera untuk memaklumkan kepada pihak-pihak terbabit dan menutup kawasan insiden berkenaan.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini dan maklumat lanjut akan diberikan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

“UDA Holdings kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengambil segala pendekatan yang perlu bagi mengelakkan kejadian seumpama daripada berlaku pada masa akan datang,” demikian menurut kenyataan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2017 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: