Kategori Berita Utama

Krisis dalaman PPBM serlah sikap sebenar Mukhriz

18 JUN: Kritikan berterusan Exco Armada PPBM terhadap pucuk pimpinan parti tersebut telah mendedahkan beberapa kelemahan dan kepincangan parti itu yang terlindung selama ini.

Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia UUM, Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berpendapat isu dan krisis dalaman yang berlaku dalam PPBM kini semakin parah dan menyebabkan parti yang tak sampai setahun jagung itu berada dalam keadaan terumbang ambing.

Malah, menurut Achmad, parti iti bukan sahaja berdepan dengan masalah gelombang keluar parti ahli-ahlinya kini parti itu sekali lagi dikejutkan dengan kecaman dan pertikaian yang dibuat Exco Armadanya.

Rentetan kecaman Exco Armada tersebut, Achmad melihat krisis ini paling ketara menonjolkan sikap Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dikatakan sering berdolak dalik dan hipokrit dalam menangani krisis dalaman parti serpihan UMNO itu.

Kata Achmad, pergolakan dalaman PPBM ini seperti hukum karma kepada segala tindakan Mukhriz ketika berada dalam UMNO dahulu.

“Barangkali Mukhriz telah lupa bahawa beliau juga pernah melakukan perkara yang sama ketika beliau berada dalam UMNO.

“Beliau dengan lantang kononnya mengkritik dari dalam parti terhadap Institusi Presiden parti pucuk  terutamanya setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Masih lagi kita ingat ketika itu Mukhriz mengatakan kebenaran perlu didedahkan kepada rakyat dan sebarang kemungkaran perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal.

PPBM ketika ini sedang bergelut dengan krisis dalaman apabila Exco Armada Muhammad Hafiz Azhar membidas parti itu susulan beberapa isu yang tidak diperjelaskan dan dijawab pucuk pimpinan parti tersebut.

Minggu lepas Exco Armada itu mempersoalkan sumber kekayaan ahli keluarga Tun Mahathir dan juga isu skandal seks antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan seorang wanita bukan Islam Nika Gee, malangnya tidak seorang pun pimpinan PPBM yang menjawab perkara tersebut.

Tetapi, Mukhriz selaku Timbalan Presiden PPBM telah mengeluarkan kenyataan bahawa exco Armada itu akan dihadapkan ke Lembaga Displin parti.

“Saya berpendapat bekas Menteri Besar Kedah itu telah menonjolkan sikap hipokrit. Ketika Mukhriz berada di dalam UMNO beliau bebas untuk mengkritik kepimpinan Presiden dan UMNO itu sendiri.

“Tetapi mengapa apabila terdapat ahli lain dalam PPBM yang diterajuinya mengkritik kepimpinan parti, ahli tersebut telah diugut untuk dihadapkan kepada lembaga displin PPBM?

“Mukhriz nyata tidak berani berhadapan dengan kritikan dan menolak dengan mentah terhadap sebarang pembongkaran kemungkaran yang berlaku di dalam PPBM,” ujar Achmad lagi.

Desakan Muhammad Hafiz itu disanggah Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Muhammad Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM, manakala Mukhriz pula mendakwa perkara itu dirancang sejak awal oleh parti lawan, khususnya UMNO.

Rentetan kemelut itu, seorang lagi Exco Armada iaitu Mohamad Taufik Abas pula mempertikaikan tindakan Mukhriz.

“Mukhriz adalah orang yang patut bela Hafiz, tapi dia pula yang mengkhianatinya,” kecam Mohamad Taufik  terhadap Mukhriz yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengecewakan, mengkhianat dan penipuan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 18 June 2017 2:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]