Kategori Berita Antarabangsa

Krisis Masjid al-Aqsa, dunia perlu bertindak

20 JULAI: Masyarakat dunia digesa bertindak bagi mengelak huru-hara berterusan di Asia Barat susulan serangan berterusan Israel terhadap Masjid al-Aqsa.

Memetik laporan Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA), Ketua Hakim Palestin Dr Mahmoud al-Habash berkata Israel masih terus menghalang umat Islam beribadat dengan bebas, tanpa sebarang larangan.

Mahmoud yang juga Penasihat Presiden Palestin bagi Hal Ehwal Agama dan Hubungan Islam, menuduh kerajaan Benjamin Netanyahu sengaja menegangkan lagi keadaan dengan menukar status bersejarah Baitulmuqaddis sejak beratus tahun.

“Tindakan Israel itu merupakan satu pencerobohan terang-terangan terhadap umat Islam dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Mahmoud berkata Masjid al-Aqsa adalah hak eksklusif umat Islam dan campur tangan Israel merupakan pencabulan hak umat Islam sejagat.

Pada Ahad lepas, Israel membuka semula beberapa pintu masuk ke Masjid al-Aqsa secara beransur-ansur tetapi meletakkan pengesan logam, lawang putar serta kamera pengawasan atas alasan keselamatan.

Tindakan itu dikecam oleh rakyat Palestin sehingga mereka melancarkan ‘Hari Kemarahan Palestin’ untuk membantah tindakan tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 July 2017 10:54 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: