Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Krisis MB Perlis dijangka selesai 3 hari lagi

28 MEI: ADUN Beseri, Ruzaini Rais percaya krisis Menteri Besar Perlis akan selesai dalam tempoh hari lagi.

Bagaimanapun, Ruzaini antara ADUN Barisan yang memboikot majlis angkat sumpah Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar enggan mengulas lanjut mengenai penyelesaian tersebut.

“Kebuntuan itu akan diselesaikan dalam tempoh tiga hari akan datang tetapi saya tidak boleh mendedahkan sebarang butiran,” kata Ruzaini selepas majlis penutup program latihan pengendalian makanan di Beseri pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menyatakan sokongan terhadap keputusan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam perkara itu kerana baginda adalah Raja.

Perlis dilanda krisis apabila sembilan ADUN BN  memboikot majlis angkat sumpah Azlan pada 24 Mei lalu.

Tindakan itu menyebabkan Raja Perlis murka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 May 2018 12:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: