Kategori Berita Antarabangsa

Krisis Qatar cetus persoalan pangkalan tentera AS

8 JUN: Krisis Qatar di Asia Barat menceuskan persoalan mengenai pangkalan udara Al-Udeid, milik tentera Amerika Syarikat yang terbesar di Asia Barat.

Al-Udeid (foto) terletak di barat daya Doha yang menempatkan hampir 10,000 tentera Amerika Syarikat.

Pangkalan itu penting kepada dasar luar Qatar kerana ianya adalah hab operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Asia Barat terutamanya dalam memerangi pengganas Daesh, lapor AFP.

Banyak pihak terkejut melihat Presiden Donald Trump, secara terbuka memihak kepada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara Teluk lain yang mengambil keputusan mengejut minggu ini untuk memutuskan hubungan dengan Qatar.

Selasa lalu, Trump menerusi Twitter seolah-olah menyalahkan Qatar sebagai penyumbang dana keganasan, tetapi pentadbiran beliau kemudian menukar pendekatan dan menggesa negara Teluk bersatu.

Pakar berkata, jika pentadbiran beliau tidak berhati-hati, Trump mengambil risiko merosakkan hubungan dengan salah satu sekutu paling penting di rantau ini.

“Ia menyediakan kelebihan untuk tentera Amerika Syarikat yang tidak ditawarkan di negara Teluk lain,” kata penganalisis Teluk di Institut Baker di Universiti Rice, Kristian Ulrichsen.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 June 2017 10:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: