Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Krisis Qatar: Malaysia tiada masalah dengan negara teluk

2 NOV: Setakat ini, Malaysia yakin dengan kekuatan Kuwait untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik dalaman antara Qatar dan negara-negara teluk.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, keyakinan kerajaan selaras dengan pendirian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dimana Kuwait mampu untuk memainkan peranan dalam meredakan ketagangan di antara negara berkenaan.

“Usaha untuk memastikan pendamaian telah dikenalpasti dimana Kuwait diminta sebagai pihak perantara Turki, Amerika Syarikat telah mengambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian menyatu padukan apa yang telah berlaku, kerana isu krisis di Qatar bukan mudah dan ia cukup kompleks.

“Kita kena beri peluang kepada Kuwait untuk meredakan ketagangan antara negara teluk,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, Khamis.

Terdahulu, Nazlan meminta kementerian menyatakan apakah kesan lawatan Emir Qatar ke Malaysia daripada segi hubungan dua hala dan kesannya terhadap Malaysia dengan Negara-negara kuartet yang berselisih dengan Qatar termasuklah Arab Saudi.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata setakat ini hubungan Malaysia dengan negara kuartet lain tidak terjejas berikutan hubungan baik kerajaan dengan Qatar.

“Hubungan Malaysia dengan Qatar bukan hubungan baru, ia sudah terjalin sejak sekian lama, pada 2009 dulunya Qatar telah adakan lawatan ke Malaysia, hubungan antara kita dan Qatar adalah hubungan perdagangan dan ekonomi dua negara sudah 43 tahun,” jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 November 2017 11:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: