Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Krisis tidak selesai walaupun kerajaan negeri ambil alih konsesi

26 FEB.– Krisis air  di Selangor dan Lembah Klang tidak mungkin dapat diselesaikan meskipun kerajaan negeri mengambil alih kesemua konsesi bekalan itu.

Pandangan tersebut dikongsikan oleh beberapa pakar yang mengandaikan masalah yang berlaku itu sebenarnya lebih kepada suatu perkara yang telah dipolitikkan.

isuairPenganalisis Ekonomi, Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin ketika dihubungi bnbbc berkata, krisis air di Selangor telah sampai kekemuncak dan tidak ada cara lain lagi untuk menyelesaikannya selain, hanya dengan melaksanakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang Kerajaan Persekutuan.

Beliau berpendapat, kerajaan negeri mungkin tidak mempunyai masalah dalam aspek teknikal dan ekonomi menguruskan perkara itu tetapi disebabkan ada campurtangan politik, isu berkaitan terus berlarutan.

“Tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah sekarang ini selain menolak ego masing-masing dan menganggap apa yang sedang dihadapi sebagai satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

profamirawang

Dr Amir Hussin

“Dalam hal ini saya tidak nampak adanya masalah ekonomi sebaliknya apa yang berlaku berpunca daripada politik dan keegoan,” katanya yang juga merupakan Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia.

Sementara itu, Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan pula berpendapat, kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan rakyat tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlaku kerana mereka tiada pengalaman untuk mengurus air.

Katanya, masalah yang berlaku di negeri itu merupakan suatu benda penting kerana ia melibatkan keperluan utama dalam hidup.

nadzimjohari

Nadzim

“Biarlah Syabas yang menguruskan air ini kerana itu memang kerja mereka.

“Buat apa kerajaan negeri nak campur tangan pula tentang masalah air ini sedangkan politik dalaman mereka sendiri tidak selesai-selesai hingga hari ini,” ujar beliau.

Kerajaan Selangor pada Rabu bersetuju memberi laluan kepada kerajaan Pusat melaksanakan Projek Langat 2 yang sudah lama tertangguh ekoran dolak dalih kerajaan PR Selangor.

Melalui MoU yang memanfaatkan semua pihak (win-win situation) itu, Kerajaan negeri Selangor pula akan mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan melibatkan kos sebanyak RM9.6 bilion.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan itu akan dilakukan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.

Empat syarikat konsesi berkenaan ialah Puncak Niaga Sdn. Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.-bnbbc.my 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2014 9:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: