Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kritik dalam media sosial dibenarkan kerajaan PH

18 MEI: Laporan polis yang dibuat kerana menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam media sosial adalah bertentangan dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memegang prinsip kebebasan bersuara.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata laporan-laporan polis hanya akan mewujudkan satu budaya menakut-nakutkan di mana kerajaan sedia amat tidak mahu ia berlaku.

Bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, hak kebebasan bersuara turut dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PH dan merupakan masanya pandangan seseorang dihormati di negara ini.

“Dalam manifesto PH turut dinyatakan dengan jelas bahawa kerajaan berhasrat untuk memansuhkan peruntukan akta seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang disifatkan menindas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maria (foto) mengulas kejadian seorang lelaki di Langkawi direman sehingga esok selepas didakwa memuat naik status menghina PM di akaun Facebooknya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 5:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: