Kategori Berita Antarabangsa

Kritik Erdogan, 4 dikehendaki

20 MEI: Pihak berkuasa Turki mengeluarkan waran tangkap kepada pemilik dan tiga pekerja akhbar Sozcu yang didakwa mempunyai kaitan dengan ulama berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Memetik Reuters, Gulen sebelum ini pernah dituduh menjadi dalang utama kerana cubaan rampasan kuasa menentang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada tahun lalu.

Polis menggeledah rumah keempat-empat suspek yang dikatakan begitu lantang mengkritik Erdogan dan parti pimpinannya, Parti AK menerusi akhbar itu.

Agensi berita Anadolu berkata tuduhan terhadap keempat-empat suspek termasuklah merancang pembunuhan Presiden dan serangan fizikal serta pemberontakan bersenjata menentang kerajaan Turki.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 May 2017 11:26 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]