Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KSN nasihat penjawat awam buat pilihan tepat

17 APRIL: Penjawat awam disarankan membuat pilihan yang tepat ketika mengundi dalam PRU14 bagi memastikan keharmonian dan kestabilan ekonomi negara berterusan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa.

“Kita akan berhadapan dengan pilihan raya pada 9 Mei ini.

“Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan saudara saudari melaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan bukan secara emosi,” katanya di hadapan lebih 1,000 penjawat awam di Putrajaya.

Ali (foto) berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2017 hari ini.

Seramai 1,812 kakitangan Jabatan Perdana Menteri daripada 79 jabatan, agensi dan bahagian menerima APC 2017.

Pada  minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei dan tarikh penamaan calon (28 April) dan tarikh pengundian awal (5 Mei).

Pada masa sama, Ali menegaskan pencapaian negara hari ini tidak akan terhasil tanpa dasar kukuh yang diperkenalkan barisan kepimpinan negara.

Menurut beliau, pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sentiasa menjalankan tanggungjawab dalam memacu negara ke arah kejayaan dan kemakmuran.

“Dalam mentransformasikan perkhidmatan awam, perdana menteri sentiasa mengingatkan penjawat awam agar bersikap inklusif, cekap dan berbudaya murni lagi inovatif,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 5:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: