Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KSU KKMM: Berita palsu beri kesan pada negara

6 JULAI: Penyebaran berita palsu walaupun hanya satu, perlu dibanteras , kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad.

“Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja memudaratkan seseorang individu malah boleh memberi kesan kepada sesebuah negara,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Malaysia dan Singapura Mengenai Maklumat dan Komunikasi di Singapura, Khamis.

Menurutnya berita palsu, ekonomi digital, suis analog dan perayauan mudah alih antarabangsa merupakan empat topik yang dibincangkan dalam mesyuarat bersama yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura, Gabriel Lim.

Jelas Sharifah Zarah, kepantasan teknologi membuatkan usaha menghentikan penyebaran berita palsu menjadi sedikit sukar.

“Berikutan itu, satu daripada langkah adalah rakyat perlu dididik untuk membezakan berita palsu dan berita yang benar,” kata beliau lagi.

Sementara itu, bersempena dengan mesyuarat itu, Singapura akan menjadi hos program Muzika Ekstravaganza malam esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, Yaacob Ibrahim bakal menjadi tetamu kehormat pada program itu.

Program Muzika yang memasuki tahun ke-11 itu diterbitkan bersama oleh Radio Television Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura .

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 July 2017 3:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: