Kategori Berita Utama

Ku Nan hairan Mahathir minat jadi PM

13 JAN: Setiausaha Agung BN mempersoal tindakan gabungan pembangkang yang masih lagi menggunakan calon ‘kitar semula’ untuk dibawa ke hadapan untuk memimpin negara.

Tegas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri itu sememangnya memperlihat pembangkang ketandusan calon yang lebih layak untuk memegang jawatan itu selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih lagi terpenjara.

“Ini masalah, barangkali mereka tidak ada calon dan ketandusan calon itu pertama, kedua saya tak faham kenapa mereka nak kitar semula kerana Tun M sudah meletakkan jawatan selepas 22 tahun mentadbir negara, ” katanya Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui selepas merasmikan perpustakaan 1 Wilayah Persekutuan Medan Idaman Taman Danau Kota Setapak, Sabtu.

Tambah Tengku Adnan, beliau berasa pelik apabila Dr Mahathir turut berminat untuk dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri.

“Saya pun hairan kenapa dia minat balik untuk dia nak mentadbir dan menjadi perdana menteri saya pun tak faham,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Adnan turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa pentadbiran beliau dahulu selama 22 tahun adalah berbeza dibandingkan dengan cabaran bakal dihadapi sekarang yang lebih terbuka.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menangani semua perkara itu dengan cara kepimpinan beliau yang tersendiri.

Dia dulu bekas PM dia sudah tahu bahawa apa yang dilakukan PM sekarang adalah yang terbaik demi negara kita, ia berbeza  kerana masa beredar dan berubah kita kena terima hakikat bahawa keadaan ini masa ini berlainan  ketika dia mentadbir negara ini.

Saya yakin apa yang Datuk Seri Najib lakukan sekarang terbaik untuk negara ini  kerana kita nak bergerak kehadapan kerana kita nak melihat malaysia menjadi sebuah negara  maju, aman lestari dan memberi peluang kepada rakyat hudup dalam keadaan selesa, ” ujarnya lagi.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam konvensyen pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, pengumuman itu menerima kritikan daripada pemimpin akar umbi terutama PKR yang menolak pencalonan Tun Mahathir.a

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 1:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: