Kategori Berita Utama

Program kualiti hidup lebih sihat di Iskandar

Penduduk di Iskandar Malaysia bakal menikmati kualiti hidup lebih sihat dengan terlaksananya 10 program utama di bawah Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia berdasarkan penggunaan tenaga yang lebih efisyen menjelang 2015.

Buku program tersebut dirasmikanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Parlimen, Rabu.

“Kita yakin 10 program utama ini akan memberi nafas baru kepada kehidupan di Iskandar Malaysia dan menarik lebih banyak aktiviti ekonomi ke koridor tersebut dan Malaysia,” katanya.

pmkarbon

Najib menunjukkan buku Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia selepas pelancarannya, Rabu – Foto HILMI JAAFAR

Antara 10 program tersebut; Pengangkutan bersepadu mesra alam sekitar; Garis panduan ekonomi hijau; Projek cabaran eko-kehidupan untuk sekolah-sekolah; Portal untuk teknologi hijau; Pohon-pohon untuk taman dan hutan bandar dan pelancongan bertanggungjawab dan pemuliharaan biodiversiti.

Selain itu, program yang turat dirancang eko-komuniti Bukit Batu; Anugerah Inisiatif Permuafakatan Hijau (GAIA); Felda Taib Andak sebagai kampung rendah karbon dan menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar pintar, bersih dan sihat.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga merupakan Pengerusi Bersama IRDA dan Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.

Menurut Khaled, pelancaran buku tersebut adalah susulan daripada Rangka Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 30 November 2012 yang lalu semasa sesi ke-18 Conference of Parties (COP18).

“Pada Isnin lalu, Perdana Menteri telah menegaskan komitmen Malaysia untuk segera menangani ancaman alam sekitar yang berpunca daripada pelepasan karbon seluruh dunia di Forum Peringkat Tinggi mengenai Biodiversiti dan Pasca Pembangunan 2015,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Najib turut melancarkan aplikasi telefon pintar iskandar.my yang dibangunkan oleh IRDA sebagai panduan perjalanan para pelawat ke Iskandar Malaysia.

Dengan menggunakan teknologi augmented reality (AR), aplikasi iskandar.my menyediakan cadangan perjalanan di Iskandar Malaysia, menyerlahkan acara dan tarikan tempatan, serta memandu pelancong menyusuri Jejak Warisan. -6/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 November 2013 3:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: