Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kuasai siber untuk menang ibu segala PRU

4 NOV: Jentera siber parti digesa menerapkan elemen kreatif untuk menewaskan pembangkang dalam perang di alam maya, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya minta isi kandungan kita menjadi lebih menarik, bukan saja apa kita masukkan tapi yang penting gaya isi kandungan itu.

Peserta-peserta Program Konvensyen Media Sosial UMNO mengangkat tangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan.

“Oleh itu Biro IT perlu lebih kreativiti dari segi isi kandungan supaya orang akan tertarik kepada kita daripada isi kandungan pembangkang,” katanya hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan PWTC Kuala Lumpur, Sabtu.

Hadir sama ialah Ketua Biro IT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata penguasaan sepenuhnya ke atas media sosial adalah penentu kejayaan pada PRU ke-14 nanti

Justeru itu beliau mengesa jentera siber mempertingkatkan gerak kerja khususnya dalam menangani isu dibangkitkan dalam media sosial bagi menghadapi PRU ke-14 yang digelar sebagai ibu segala pilihanraya.

“Ibarat kata Ketua Biro IT UMNO,  pada PRU-12 dan PRU-13, UMNO dan BN kalah dalam perang maya, maka pada PRU-14 nanti, kita akan pastikan UMNO dan BN menang dalam peperangan ini.

Pada masa yang sama, Najib  turut mengingatkan ahli UMNO tidak menyerang sesama sendiri.

“Saya tak suka perangai macam ini.

“PRU dah dekat, jangan kita serang sesama kita walaupun kita tak suka dia, Kita mesti serang ialah pembangkang!,” tegas beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2017 9:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: