Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kucing bernilai RM5,000 dibawa lari

29 JUN: Syawal ke lima membawa duka kepada seorang pemilik kucing di Simpang Empat, Alor Setar apabila mendapati lima ekor kucing import yang dipeliharanya hilang.

Menurut Mohd Hashim Mat Isa, beliau menyedari kehilangan haiwan itu selepas mendapati sangkar besi yang menempatkan 14 ekor kucing peliharaannya itu berlubang pada jam 6.30 pagi tadi.

“Saya syak memang orang curi sebab ada bekas potong pada sangkar kucing tersebut, dan saya rasa orang yang ambil tu mungkin pernah datang ke sini dan sudah tahu selok belok rumah saya.

“Sesiapa yang menjumpai kucing ini boleh pulangkan ataupun sesiapa yang dapat orang yang curi, akan diberi ganjaran,” katanya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kucing berkenaan dipercayai dilarikan seorang lelaki.

Hashim berkata beliau menganggarkan kerugian sebanyak RM5,000 daripada empat ekor kucing jenis parsi, dan seekor kucing jenis maine coon.

“Bagaimanapun saya bukanlah kesal kerana kerugian ribuan ringgit, tetapi sedih kerana nilai kasih sayang yang sudah dicurahkan kepada haiwan berkenaan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat dan menyerahkan rakaman CCTV berkenaan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan laporan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 June 2017 9:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: