Kategori Berita Utama

Kucing Kurap: Ahli Parlimen DAP minta maaf

1 DIS :Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akhirnya terpaksa tunduk desakan Pengerusi DAP Karpal Singh supaya beliau meminta maaf kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan ketelanjurannya menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu kucing kurap.

jeffooi

Jeff Ooi minta maaf selepas didesak Karpal Singh

Beliau membuat kejutan naik ke pentas utama tanpa dijemput dan mengemukakan permohonan maaf kepada kakitangan majlis perbandaran itu kerana menggelar mereka kucing kurap.

Pada mulanya beliau dilihat mendiamkan diri ketika ucapan Karpal yang menegurnya berhubung isu itu.

Jeff Ooi kemudiannya mengumumkan beliau memohon maaf kepada semua kakitangan MPPP setelah diminta Karpal ketika Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, Ahad.

Menurutnya, beliau hanya mengikut nasihat Pengerusi DAP Kebangsaan dan bukan orang lain

Sebelum itu, Karpal  meminta Jeff Ooi supaya meminta maaf kepada semua kakitangan dan pegawai MPPP sama ada berpangkat rendah atau tinggi perlu dihormati.

Menurutnya, tindakan Jeff Ooi itu keterlaluan dan menghina penjawat awam.

Ekoran kenyataan dianggap biadap itu, ramai pihak termasuk kakitangan MPPP membantah penghinaan oleh Jeff Ooi-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 December 2013 1:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: