Kategori Berita Antarabangsa

Kucing suspek utama bunuh orang tua

14 NOV: Polis Jepun menyiasat cubaan membunuh wanita warga emas yang dipercayai diserang oleh kucing liar.

Mangsa, Mayuko Matsumoto, 82, ditemui anaknya dengan pendarahan serius dirumahnya akibat lebih 20 kesan luka di wajah.

Pihak berkuasa negara itu sedang menyiasat kes itu yang berkaitan cubaan membunuh oleh suspek.

“Saat menemuinya, dia mengalami pendarahan dari bahagian dagu dan ke atas.

“Mukanya dipenuhi darah. Saya tidak tahu apa yang berlaku,” kata anak perempuan mangsa.

Polis pada mulanya menemui jalan buntu, namun menyedari bahawa kesan luka di wajah mangsa menyerupai cakaran kucing.

“Mereka kemudiannya menjumpai seekor kucing liar di kawasan rumah mangsa dan kini menganalisis sampel darah yang ditemui pada kuku haiwan terbabit,” lapor Metro.uk.

Bagaimanapun, jurucakap polis dilaporkan enggan mengulas lanjut.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 4:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]