Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kumpul RM10 juta sumbangan dalam 20 hari

11 FEB : Tabung Ihsan Pemulihan Masjid Banjir Kelantan berjaya mengumpul RM 10 juta nilai sumbangan selepas 20 hari dilancarkan sekaligus Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), sebagai penyelenggara tabung, menyasarkan kutipan keseluruhan RM20 juta untuk tujuan itu.

yadimYang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dilantik pengerusi berkata, tabung ditubuhkan atas inisiatif Badan Perhubungan Umno Kelantan selepas mengambil kira institusi masjid dan madrasah, termasuk surau, sebagai platform utama penyatuan masyarakat serta pusat aktiviti umat Islam dari aspek sosial dan ekonomi.

“Tabung ini dipantau Jawatankuasa Pemegang Amanah yang bertanggungjawab menguruskan dana, menyelaras pengagihan dana, serta memantau kerja-kerja baik pulih masjid dan surau yang dikenal pasti,” katanya selepas majlis sumbangan RM10 juta untuk tabung itu daripada wakil badan dan syarikat yang disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.

Menurutnya, jawatankuasa itu terdiri daripada ahli akademik dan bukan ahli politik manakala tabung itu diselenggarakan Yadim sebagai badan bebas bagi memastikan ketelusannya.

ASYRAF WAJDI DUSUKI / KEMENTERIAN PENDIDIKANSejumlah 88 buah masjid di seluruh Kelantan dikenal pasti mengalami kerosakan teruk dan akan menerima bantuan bagi membina semula struktur bangunan serta keperluan lain di samping 242 madrasah yang juga rosak kesan musibah banjir Disember lalu.

Menurutnya, kutipan minggu pertama tabung berjumlah RM526,067.60 sudah pun diagihkan kepada 13 masjid dan madrasah.

Antara penyumbang tabung ialah National Aerospace & Defence Industry, UEM Group Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Yayasan Johawaki, ChengalJati Sdn Bhd, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

Penyumbang lain termasuk Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank), Small Medium Enterprise Developement Bank Malaysia, Perbadanan Nasional Bhd, Felcra Bhd, Amanah Raya Bhd, Pengurusan Aset Air Bhd, termasuk Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Kalangan Penganut Agama yang diketuai Tan Sri Joseph Kurup.

“Selain sumbangan dana, tabung ini turut menerima sumbangan berbentuk barangan seperti kain pelikat, telekung, dan sejadah,” katanya sambil menyeru sumbangan orang ramai.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 6:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: