Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kuota sektor awam, Universiti Awam aspirasi wanita India

22 FEB: Peluang kenaikan pangkat serta kuota dalam perkhidmatan awam dan universiti awam (UA) adalah antara aspirasi dibangkitkan wanita India menerusi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata aspirasi itu mendapat perhatian dan sokongan lebih 1,000 peserta yang menyertai dialog berkenaan.

“Antara aspirasi dibangkitkan ialah kuota masyarakat India dalam kerajaan yang perlu ditambah, selain ada mengadu pencapaian akademik anak mereka cemerlang tetapi tidak mendapat peluang dalam bidang dipohon di IPTA.

“Selain itu, mereka mahu peluang kenaikan pangkat bagi mereka yang sudah berjaya meningkatkan tahap pengajian semasa dalam perkhidmatan seperti kenaikan gred daripada Diploma kepada Ijazah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Dialog TN50 bersama wanita India di Auditorium Mahsa University, Jalan Universiti malam tadi.

Presiden MIC itu berkata pihaknya akan meneliti kesemua aspirasi dan cadangan yang dibangkitkan sebelum membawa perkara itu kepada pihak berkaitan untuk dipertingkatkan pada masa depan.

“Sebagai contoh, mungkin kita boleh mohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meletakkan kelayakan minimum bagi jawatan jururawat ialah Ijazah bagi memastikan gred mereka dinaik taraf seperti yang dilakukan di beberapa negara membangun.

“Ini semua cadangan yang perlu diteliti secara mendalam dan jangka panjang, namun tidak mustahil untuk dilaksanakan pada masa depan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2018 10:44 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: