Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kurang 60 peratus perwakilan DAP layak mengundi

12 NOV: Hanya 1,356 yang mewakili 53.94 peratus keseluruhan perwakilan layak mengundi dilaporkan menghadiri pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) khas DAP, sebaik sahaja pendaftaran ditutup pada pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pemilihan, John Lau dari syarikat audit antarbangsa Grant Thornton sekaligus melayakkan pemilihan dilakukan kerana melepasi syarat untuk pengundian.

“Sebanyak 2514 notis  dihantar dan yang hadir mengundi hari ini 1,356 atau 53.94 peratus dan sebanyak 62 hilang kelayakan mengundi kerana muflis,” katanya semasa taklimat pemilihan sambil memaklumkan sebanyak 3,000 kertas undi dicetak.

Mengulas lanjut, Lau berkata, berdasarkan senarai calon 2012, seramai 62 calon layak bertanding dan enam daripadanya mengumumkan keluar parti dan seorang meninggal dunia sekaligus hilang kelayakan bertanding.

“Antara nama yang keluar parti ialah Hiew King Chieu,V Jaya Balan, John Fernandez, Zulkifli Mohd Noor dan Roseli Abdul Ghani manakala nama yang turut hilang kelayakkan bertanding kerana meninggal dunia ialah Karpal Singh,” katanya ketika mengumumkan senarai calon yang bertanding.

Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada RoSyang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarkan berikutan RoS tidak mengiktiraf pemilihan pada 15 Disember 2012 dan 29 September 2013.

Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 1:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: