Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lagi ahli PKR keluar parti

27 JAN: Seramai 70 akar umbi PKR Selayang, Klang dan Kota Raja menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini setelah kecewa prinsip kepimpinan parti yang sanggup dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah menurut bekas Ketua Biro Aduan PKR Selangor, M Telaiamblam, kemunculan bekas Perdana Menteri, itu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) serta calon perdana menteri menyebabkan keyakinan mereka pudar.

“Bukan sekadar 70 orang ahli sejak dua minggu lalu malah lebih ramai ahli PKR yang kecewa dengan kepimpinan parti keluarga PKR ini akan menyertai PRM dalam tempoh terdekat.

“Kami kecewa dengan PKR yang kepimpinannya tidak menghormati suara ahli akar umbi selain tidak nampak sebarang usaha PKR ke arah mentransformasikan kehidupan masyarakat India,”  katanya  semasa sidang media hari ini di Petaling Jaya.

Selain Telaiamblam, dua lagi pemimpin PKR yang turut menyertai PRM hari ini ialah bekas Setiausaha PKR Ranting Sri Andalas, M Uthayakumar dan Timbalan Ketua Cabang PKR Setiawangsa,  Steven Tan.

Turut hadir pada ialah Presiden PRM, Ariffin Salimon, Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong serta bekas wakil rakyat DAP, Janice Lee yang juga Setiausaha PRM Selangor.

Sementara itu, Swe Yong berkata penyertaan ahli-ahli PKR itu menambah kekuatan partinya untuk menghadapi PRU14.

Beliau turut percaya, PRM mampu meyakinkan pengundi untuk bersama mereka dalam melaksanakan dasar yang berbeza berbanding yang dilakukan oleh PH.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: