Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wanita dipercayai hina Sultan Selangor di Facebook ditangkap

12 FEB: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan ada lagi individu yang terbabit menghina agama Islam serta institusi Raja di laman sosial Facebook ditahan polis di Kajang pada Rabu.

Suspek, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada kira-kira pukul 1 pagi tadi dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan

Tweet IGP 12 Feb

Khalid yang kini berada di Grogol Petamburan, Jakarta Barat memaklumkan perkara itu melalui akaun Twitter rasmi beliau jam 1.30 tengahari tadi sambil mengingatkan semua pihak bertanggungjawab menjaga keharmonian di Malaysia.

Kelmarin, Khalid juga melalui twitternya mengumumkan polis telah menahan suspek yang memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu dalam akaun Facebook miliknya semasa sambutan perayaan Thaipusam 17 Januari lalu.

Suspek yang menggunakan nama akaun Facebook Man Namblast dan memuat naik kata-kata berunsur  hasutan itu telah ditangkap pada 10 Februari, kata Khalid tanpa mendedahkan maklumat terperinci berhubung tangkapan itu.-bnbbc.my

tweet kpn man namblast kena tangkap

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2014 1:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: