Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lagi kes pusat tahfiz terbakar

19 FEB: Asrama sementera Madrasah Tahfiz Al Ridzuan di Kampung Datuk Ahmad Razali, Dengkil dilaporkan terbakar hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Izman Adnan berkata dalam kejadian jam 1.30 petang itu, kesemua 17 penghuni selamat kerana berada di masjid yang bersebelahan bangunan itu.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam1.44 petang dan tiba dengan kekuatan sebanyak 23 anggota dari Balai Bomba Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong.

“Kebakaran yang memusnahkan 90 peratus bangunan itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 20 minit dan tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran ini,” katanya hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2018 7:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: