Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Segerakan projek tunai janji pada rakyat

12 FEB : Semua projek infrastruktur kepentingan rakyat di Sarawak terutama di kawasan luar bandar perlu disegerakan dengan keutamaan diberikan kepada projek yang dijanjikan sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri 2011 dan Pilihan Raya Umum 2013 sebelum ini.

muh sarawakTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem serta barisan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri.

Antara yang turut hadir ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing,  Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, Kementerian Pendidikan bercadang menambah baik dasar pengambilan guru baharu termasuk meningkatkan jumlah pengambilan guru dari Sabah dan Sarawak.

“Dengan peningkatan jumlah guru baharu dari Sabah dan Sarawak, maka lebih ramai yang berpeluang untuk berkhidmat di negeri masing-masing.

“Ini secara tidak langsung membantu kerajaan mencatat penjimatan kos, selain menangani isu berkaitan termasuk perbezaan budaya,” katanya di Kuching, Khamis selepas memulakan aktiviti rangka lawatan rasmi dua hari ke Bumi Kenyalang.

Menurutnya, isu kekurangan guru Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di negeri asal masing-masing turut dibincangkan dalam mesyuarat BN Pusat sebelum ini dan usaha yang diambil tidak akan sama sekali mengabaikan konsep integrasi dalam kalangan rakyat yang dilaksanakan selama ini.

“Aspek pendidikan di Sabah dan Sarawak sentiasa diberikan fokus utama oleh Kerajaan Persekutuan, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Selain penempatan guru terlatih, fokus turut diberikan kepada usaha penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih sempurna bagi memastikan keselesaan sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 4:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: