Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lalu lintas sesak akibat banjir kilat di Klang

1 MEI: Hujan lebat dan angin kuat selama lebih sejam pada petang tadi mengakibatkan banjir kilat berlaku di sekitar Klang.

Memetik laporan Mstar, persimpangan Sungai Rasau berdekatan pusat membeli-belah Aeon Bukit Raja ditenggelami air sehingga paras lutut.

PlusTrafik di Twitter pada Isnin berkata, banjir kilat menghalang laluan di lorong kiri sebelum Tol Sungai Rasau menghala iCity.

Sementara itu, seorang wartawan portal berita berkenaan melaporkan trafik tidak bergerak selama 30 minit.

“Banyak kenderaan berhenti di sepanjang laluan kecemasan di atas jejambat di persimpangan untuk mengambil gambar keadaan banjir.

“Tiada sebarang perkhidmatan kecemasan dan penghadang plastik terapung di jalan,” katanya yang berada di tempat kejadian.

Wartawan berkenaan juga berkongsi gambar menunjukkan sebuah kereta BMW putih terkandas di jalan yang ditenggelami air paras lutut sekitar jam 4.45 petang tadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 May 2017 8:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: