Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Laman rasmi BN berwajah baharu

3 APRIL: Dalam menarik minat rakyat terutama pengundi PRU14 mengakses maklumat terkini parti, BN melancarkan laman sesawang rasmi parti itu semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata laman sesawang itu bakal memberi pengalaman yang memuaskan hati pengguna.

“Sukacita dimaklumkan bahawa laman sesawang rasmi BN iaitu www.barisannasional.org.my  berwajah baharu dilancarkan secara rasminya pada Isnin ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, laman itu mempunyai enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Iban dan Dusun.

“BN ingin mempelawa semua untuk melayari laman sesawang baharu BN ini dan diharapkan ia dapat memanfaatkan semua,” katanya Tengku Adnan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2018 7:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: