Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lamborghini rempuh 8 kereta

19 FEB: Kegagalan mengawal kenderaannya menyebabkan seorang pemandu kereta mewah jenis Lamborghini Gallardo nyaris maut selepas merempuh lapan kenderaan lain di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, lapan kenderaan terbabit dilaporkan berada di bahu jalan berhampiran sebuah pusat membeli belah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata pemandu berusia 35 tahun dan pemandu kenderaan lain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan mendapati kereta Lamborgini yang dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum merempuh lapan kenderaan dan sebatang pokok palma.

“Rempuhan itu menyebabkan pokok berkenaan tumbang ke atas kenderaan terbabit,” katanya yang dipetik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2018 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: