Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lans Koperal mati mengejut depan bank

4 JULAI: Syawal ke 10 membawa duka apabila seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal meninggal dunia di depan keluarganya selepas mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala akibat terjatuh di hadapan sebuah bank.

Dalam kejadian jam 9 malam tadi, Lans Koperal Mohd Asri Abu Hassan, 46, yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi Tech singgah sebentar di sebuah bank di Kulim, Kedah bersama isteri dan anaknya.

Mangsa ketika itu sedang berjalan untuk masuk ke dalam bank apabila kakinya tersangkut pada besi penghadang longkang di hadapan bank sekaligus menyebabkan kepalanya terhentak pada simen lantai sehingga mengakibatkan kepalanya terkoyak disertai dengan pendarahan yang banyak.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim dan disahkan mati di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dituntut ahli keluarga pagi tadi dan jenazah dikebumikan di Yan, Kedah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 July 2017 2:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: