Kategori Berita Utama

Lapor KPDNKK jika harga barang kawalan mahal

13 OKT: Tanda harga berwarna merah jambu dapat membantu orang ramai mengenal pasti barang yang diklasifikasikan sebagai barangan kawalan dijual pada harga siling yang ditetapkan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata pendekatan ini digunakan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan kawalan menjelang perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin (tengah) membuat pemantauan harga di Pasaraya Matahari Mall Petaling Jaya.

“Cara mudah untuk mengenal pasti sama ada barangan itu termasuk dalam kawalan harga atau tidak adalah melalui tanda merah berwarna merah jambu dan peniaga diingatkan untuk tidak sesekali jual barangan tersebut memenuhi harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat pemantauan harga barang di Matahari Mall, Petaling Jaya, pada Jumaat.

Menurutnya, objektif utama skim kawalan harga yang berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 22 Oktober hadapan adalah untuk menangani kos sara hidup rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang yang melampau terutamanya ketika musim perayaan tiba.

Lantaran itu menurut Roslan, senarai harga yang meliputi 16 barang-barang kawalan sempena musim perayaan ini telah disebarkan kepada umum sejak minggu lalu.

Justeru itu, orang ramai digesa melaporkan kepada KPDNKK sekiranya mendapati ada perniaga yang gagal mematuhi skim kawalan harga tersebut.

“Kita akan sentiasa memantau dan membuat pemeriksaan namun diharapkan orang ramai juga dapat membantu membuat laporan terus jika terjumpa peniaga yang menjual tidak mengikut harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 2:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]