Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lapor segera jika sebaran berita palsu ancam negara

12 OKT: Warga Malaysia digesa menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membantu kerajaan mempertahankan negara daripada penyebaran berita palsu yang berbaur fitnah dan berbentuk hasutan kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Hormati kepelbagaian dan keharmonian perlu diperkukuhkan sebagai amalan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam blognya hari ini.

Menurutnya orang ramai boleh menggunakan sepenuhnya inisiatif disediakan kerajaan  seperti portal sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan orang lain.

Tambah Salleh, sejak Januari tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengambil tindakan terhadap 3,047 akaun palsu yang dikenal pasti dalam pelbagai platform media sosial.

“Hampir 80 peratus daripada 3,047 akaun palsu itu sudah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat ditetapkan,” katanya lagi.

Salleh juga mengingatkan rakyat supaya membuat aduan mengikut saluran supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

“Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membangun, menghantar dan memuat naik kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam atau bersifat jelik,” katanya lagi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 October 2017 4:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]