Kategori Berita Utama

Laporan Audit: SPRM buka 15 kertas siasatan

Sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka di bawah peruntukan Akta SPRM 2009 bagi meneliti penyelewengan yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen Rabu lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya memandang serius soal ketirisan dan penyelewengan itu.

sprmSPRM juga katanya, memandang positif akan usaha Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu tersebut.

Menurut Mustafar, sehingga kini 15 kertas siasatan telah dibuka. Siasatan dijalankan di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.

“Bagi Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah manakala lima orang pegawai kerajaan telah dikenakan tindakan tatatertib,” katanya dalam kenyataan media.

Selain menjalankan penyiasatan semenjak pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, SPRM juga telah mengadakan perbincangan  dengan Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan maklumat yang boleh membantu penyiasatan dan lain-lain tindakan sewajarnya.

Katanya, SPRM juga telah menubuhkan Pasukan Khas bersama dengan Jabatan Audit Negara bagi mengambil tindakan susulan. SPRM yang menerajui Pasukan Khas ini akan membentangkan hasil penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang didapati melakukan salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan.

Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana salah laku yang mempunyai unsur-unsur rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran Peraturan Pegawai Awan akan dikenakan tindakan tegas yang sewajarnya termasuk tindakan disiplin kepada agensi-agensi yang berkenaan.

Justeru itu katanya, jika ada-ada unsur rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Arahan Perbendaharaan, SPRM akan mengambil tindakan tegas sewajarnya termasuk mengesyorkan tindakan disiplin kepada agensi-agensi berkaitan.- 7/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 October 2013 2:27 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: