Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Laporan bebas saran CEO FGV kena tindakan disiplin

19 JUN: Laporan bebas empat penemuan yang diketuai Datuk Seri Idris Jala mengenai krisis FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mendedahkan bahawa kerajaan melantik Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV dan Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri adalah merujuk kepada tindakan Lembaga Pengarah FGV yang menggantung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Zakaria Arshad (foto), Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha dan dua yang lain.

Berikut adalah empat penemuan utama yang digariskan.

Terdapat fakta yang mencukupi dan alasan munasabah yang bagi Lembaga Pengarah FGV memulakan prosiding disiplin terhadap CEO, CFO dan dua pengurusan tertinggi berhubung dakwaan pelanggaran prosedur dalam Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), FGV perlu teruskan prosiding berkenaan.

FGV dicadangkan untuk menubuhkan pasukan ‘governance quantum leap’ bagi memperbaiki tadbir urus dan kawalan perniagaan di peringkat kumpulan dan subsidiari.

Laporan bebas dan keputusan yang dibuat kerajaan serta FGV tiada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disebabkan SPRM akan mendedahkan hasil siasatan selepas tugas mereka selesai.

Bagi menegakkan integriti, semangat kesaksamaan bagi siasatan yang sedang berjalan dan tadbir urus korporat FGV dan DOP yang betul, kerajaan memutuskan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Sementara itu Zakaria, dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau yakin bahawa tiada tindakan disiplin bakal dikenakan ke atas beliau.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]