Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Laporan polis terhadap Pengarang Mingguan Katolik

29 DIS : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor membuat laporan polis petang Ahad terhadap Pengarang Mingguan Katolik The Herald Paderi Lawrence Andrew berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya dalam portal berita themalaysianinsider.com Jumaat lalu.

Andrew dipetik sebagai berkata Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

andrewpaderiSelepas laporan, Yang Dipertua Perkasa Selangor,  Abu Bakar Yahya mengetuai bantahan secara aman di depan Ibu Pejabat Polis Daerah di Shah Alam.

Perkasa, dalam laporannya, meminta siasatan terperinci dan tindakan tegas diambil oleh pihak polis dan JAIS terhadap paderi itu serta The Herald agar penggunaan kalimah Allah di gereja dalam negeri Selangor tidak diteruskan.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk UMNO Selangor turut mengecam kedegilan Andrew yang dianggap turut menghina titah Sultan Selangor yang melarang pihak lain menggunakan kalimah Allah.

PAS negeri serta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula terus berdiam diri tanpa mengulas tindakan Andrew itu yang juga menghina perintah Mahkamah Rayuan berhubung keputusan menggunakan kalimah berkenaan.-bnbbc.my .

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 December 2013 9:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: