Kategori Berita Utama

Laporan Sarawak Report ada agenda peribadi

13 JUN: Rakyat Malaysia digesa tidak terburu-buru untuk mempercayai laporan media asing terutama Sarawak Report yang digambarkan hanya memburukkan kepimpinan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata masyarakat perlu mengamalkan sikap berhati-hati dalam menapis setiap laporan berkenaan.

“Kita dari dulu sudah katakan laporan mereka hanya sekadar membuat fitnah semata.

“Kita tidak boleh terima bulat-bulat berita yang disebarkan oleh Sarawak Report kerana mereka mempunyai motif yang tertentu iaitu untuk menjatuhkan kepimpinan negara kita,” katanya selepas menghadiri program pengagihan bubur lambuk di KL Sentral, pada Selasa.

Pada Sabtu, bekas editor portal berita berkenaan, Lester dilaporkan sebagai berkata 90 peratus laporan Sarawak Report sudah diubahsuai dan kandungan beritanya tidak boleh dipercayai.

Melanyi juga membuat pengakuan bahawa dakwaan bayaran diterima Peguam Tan Sri Shafie Abdullah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2015 adalah pembohongan semata.

Menurut Bendahari UMNO itu, ratusan dokumen yang kononnya diperolehi Sarawak Report bagi memaparkan penyelewangan pemimpin negara semangnya diragui kesahihannya sejak dari dahulu.

“Sekarang, kebenaran sudah terjelma, maka masyarakat nilailah sendiri,” kata Salleh lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 8:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: