Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Larangan pakai tudung: PBT diarah tarik lesen hotel

15 NOV: Kerajaan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik balik lesen mana-mana hotel di seluruh negara ini yang mengenakan larangan ke atas wanita Islam bertudung untuk bekerja di bahagian khidmat pelanggan hotel.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar menyifatkan dasar sedemikian tidak bertanggungjawab selain bertentangan dengan peruntukan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya minta PBT siasat perkara itu dan jika terbukti benar ia dasar hotel tersebut, tarik balik lesen mereka.

“Tidak sepatutnya mereka (hotel) itu boleh beroperasi di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dua kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Shazlan Mohd Hanafiah, 32, dan Mohd Azri Aziz, 30, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.

Dua anggota bomba terbabit cedera parah akibat disambar api ketika menjalankan operasi memadam kebakaran silo di sebuah kilang membuat papan lapis di Kawasan Perindustrian IGB Tasek, Sabtu lalu.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah JBPM Perak, Datuk Yahaya Madis.

Reaksi Noh itu merujuk kepada pendedahan laporan portal berita berhubung pendedahan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mengenai aduan kakitangan hotel kepada pusat itu berkaitan diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung.

Laporan itu turut memetik Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee yang mempertahankan tindakan hotel melarang wanita Islam bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebagai sebahagian dasar antarabangsa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2017 3:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: