Kategori Berita Antarabangsa

Larangan rebus udang kara hidup-hidup

16 JAN: Pihak berkuasa Switzerland mengeluarkan larangan merebus atau memasak udang kara bernyawa yang berkuat kuasa serta-merta minggu lalu.

Udang kara dan haiwan-haiwan lain yang kaya dengan krustacea di negara itu tidak lagi dibenarkan diperlaku sedemikian selagi ia tidak dimatikan terlebih dahulu.

(foto hiasan)

Ia susulan laporan pencinta haiwan yang menyatakan bahawa udang kara mempunyai perasaan dan ia merasai kesakitan ketika direbus.

Lapor Agensi, pada minggu lalu Mahkamah Persekutuan Switzerland meluluskan undang-undang bagi melindungi haiwan terbabit.

Mengikut undang-undang terbabit, penyembelihan haiwan itu perlu dilakukan oleh seseorang yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan dilakukan melalui dua cara iaitu direnjat dengan elektrik atau memukul haiwan sehingga mati terlebih dahulu.

Switzerland merupakan negara dunia pertama  memperkenalkan undang-undang perlindungan haiwan sejak 1967.

Antara haiwan lain yang diberi perlindungan adalah katak, ayam dan beberapa produk ternakan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 January 2018 10:08 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: